Untuk renungan bersama
(Dari Datuk Dr Fadzilah Kamsah)
7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.
1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang
dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu,
penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.
2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu
wanita perlu mengawal percakapannya.
3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita
yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan
membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan
merasakan dirimereka tidak dipercayai.
4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai
terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan
keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk
bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.
5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan
kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.
6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai
sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul
bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.
7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu
mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu
batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya
mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........
8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita
1. Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh,
cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam
ler dia betul semua, atau seumpamanya.
2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab
perempuan bukan lawannya.
3. Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya
kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.
4. Gabrah
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat
perempuan aje, dan sebagainya.
5. Gentleman tiada Langsung
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan
dan sebagainya.
6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.
7. Ganggo Keterlaluan
Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho
sangat dan seumpamanya.
8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan
isteri sendiri.
Monday, April 14, 2008
7C & 8G
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment